Write For Us

"Saya nak hantar air kepada Jamal tapi...," cerita Ratu Naga kena serang

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
158 Views
Published
Niat seorang ahli PKR, Syarul Ema Rena Abu Samah untuk membantu pemimpin Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Yunos yang mengadu tidak mandi selama empat hari kerana gangguan bekalan air bertukar menjadi pengalaman ngeri.
Syarul Ema atau lebih dikenali dengan nama Ratu Naga mendakwa dirinya diserang dengan dibaling enam papan telur, air cat dan juga tepung.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media di sebuah restoran di Kuala Lumpur hari ini sambil menambah beliau akan membuat laporan polis kemudian nanti.
Semalam Jamal hanya bertuala dan hadir ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam untuk tumpang mandi di pejabat menteri besar Selangor.
Jamal yang juga ketua Umno Bahagian Sungai Besar turut membawa gayung, berus gigi dan sabun sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang didakwanya gagal mengurus masalah air di negeri itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment