Write For Us

'Saya percaya hasil cukai judi tak bayar gaji MP Pontian' - Hamzah

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
61 Views
Published
Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin hari ini menjelaskan bahawa kegunaan pendapatan daripada cukai ke atas sektor perjudian adalah ditentukan oleh Kementerian Kewangan dan bukan di bawah kementeriannya.

Bagaimanapun katanya, beliau yakin bahawa pendapatan dari cukai sektor perjudian tidak digunakan untuk membayar gaji penjawat awam.

Beliau mengulas soalan Ahmad Maslan (Umno-Pontian) di Dewan Rakyat hari ini yang bertanya mengenai kegunaan daripada pendapatan cukai sektor perjudian.

Terdahulu, beliau mengatakan KDN akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan terhadap premis-permis yang menjalankan aktiviti judi haram dalam talian.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment