Write For Us

"Saya percaya orang Melayu akan marah," kata Tok Him

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
133 Views
Published
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) percaya sekiranya graduan perubatan yang berkelayakan diberi kelonggaran syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu bagi SPM untuk dilantik secara kontrak sebagai Pegawai Perubatan Gred UD41, akan menghakis undi orang Melayu terhadap Umno pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata perkara itu sudah tentu akan memberi keuntungan yang mudah kepada pembangkang kerana Umno berjaya membangkitkan kemarahan orang Melayu.
"Jika dasar yang dibuat kementerian kesihatan ini kekal dengan mengecualikan keputusan Bahasa Malaysia, sudah tentu memberi keuntungan yang mudah kepada pembangkang.
"Saya percaya orang Melayu akan marah dan kemarahan orang Melayu ini akan menghilangkan undi terhadap Umno. Kalau mereka berasa undi tidak penting, tak ada masalah," katanya pada sidang media hari ini.
Jelas Ibrahim, beliau mempertikaikan sesuatu kenyataan yang dibuat sebelum perkara itu dibawa ke Kabinet.
"Apabila TPM mengatakan dia minta menteri berkenaan bawa ke kabinet. Jadi, apakah perkara-perkara seumpama ini sebelum dibuat keputusan tidak dibawa ke kabinet?
"Ini perkara berkaitan dengan Perlembagaan, sekarang bila dah jadi isu baru nak dibawa ke kabinet, apakah sebelum ini kabinet tak bincang? Apakah KKM dan JPA tak bawa perkara ini ke kabinet?" soal Ibrahim.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment