Ahli Parlimen Jelebu, Jalaluddin Alias hari ini membangkitkan isu wang palsu yang dikatakan semakin berleluasa apabila berkongsi pengalaman turut menjadi mangsa menerima wang palsu .
Susulan itu Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah menjelaskan kadar wang palsu di negara ini ditentukan berdasarkan 'pieces per million' (PPM) dan pemalsuan wang masih lagi rendah iaitu satu bagi setiap sejuta.
Xavier Jayakumar (PH-Kuala Langat) kemudian bangun meminta penjelasan apakah Bank Negara akan menerima pemulangan semula wang berkenaan, berdasarkan tawaran Mohd Shahar untuk menukar wang kertas palsu RM50 milik Jalaluddin.
Garis panduan Bank Negara menyebut bahawa wang palsu tidak boleh ditukar dengan wang yang betul atau sebenar. Penukaran itu juga merupakan satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment