Write For Us

'Saya pun nak pastikan Muhyiddin kalah'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
110 Views
Published
Barisan Nasional (BN) Johor tekad memastikan Tan Sri Muhyiddin Yassin kalah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).
Pengerusi BN negeri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata berpegang pada prinsip sesiapa sahaja berhak untuk bertanding, BN negeri juga tiada halangan untuk bekas timbalan perdana menteri itu bertanding di mana-mana kerusi diingini.
Muhyiddin sebelum ini dilaporkan sebagai membayangkan kemungkinan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir selain mengesahkan bertanding di sebuah kerusi Parlimen.
Mohamed Khaled berkata desas-desus tentang kerusi bakal ditandingi beliau akan terjawab apabila Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan nama-nama calon, dijangka selewat-lewatnya minggu depan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment