Write For Us

'Saya rasa baik pihak polis menyelesaikan siasatan'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
57 Views
Published
Mengenai kejadian seorang lelaki berusia 29 tahun maut digilis di Bangi, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menggesa semua pihak menolak keganasan tanpa mengira latar belakang pelakunya.
Beliau juga menggesa semua pihak membenarkan pihak polis melakukan siasatan terhadap kes itu.
"Saya rasa baik pihak polis menyelesaikan siasatan.
"Tindakan-tindakan brutal dan zalim ini memang tak boleh diterima dalam komuniti. Siapa pun buat.
"Saya harap ia tak dilihat dalam kerangka perkauman dan paling penting, tindakan ganas, brutal harus dilawan, ditentang semua pihak," katanya selepas hadir pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidiladha di kediaman rasmi MB Selangor di Shah alam, pada Isnin.
Pada Sabtu lalu, kemalangan kecil di Lebuh Raya Plus bertukar tegang di antara mangsa dan seorang lagi pemandu. Kejadian itu berakhir dengan mangsa digilis oleh kereta pemandu yang bertelagah dengannya.
Polis menolak faktor kaum sebagai punca dan telah menahan reman pemandu terbabit dan isterinya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment