Write For Us

'Saya tabik orang Port Dickson'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
109 Views
Published
Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan pertamanya selepas diangkat sebagai anggota parlimen Port Dickson menegaskan pilihan raya kecil (PRK) berkenaan mencatat sejarah yang tersendiri.
Kata Anwar sejarah itu tercipta apabila kemenangan yang dimiliki beliau dibuat rakyat tanpa sebarang janji manis yang ditaburkan parti kerajaan pemerintah itu.
“Saya salute orang Port Dickson kerana dalam pilihan raya ini, tak ada sekolah baru dibuka, tak ada pembesaran hospital, tidak ada peruntukan untuk kuil dan masjid, tidak ada sebarang peruntukan dari mana-mana kerajaan pusat atau negeri. Menteri besar pun tak ada beri tanah, tak ada.
“Ini kali pertama Port Dickson mencatat sejarah kerana kali pertama tidak ada sebarang peruntukan diberikan tetapi rakyat dan pengundi Port Dickson tetap memilih Pakatan Harapan kerana harapan itu,” katanya ketika berucap dihadapan ribuan penyokongnya di bilik gerakan utama HARAPAN di PD Waterfront, Port Dickson.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment