Write For Us

'Saya tahu peluang menang sangat tipis'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
122 Views
Published
Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam mengakui peluangnya untuk menang sangat tipis.
Namun menurut Lokman jika berjaya mengurangkan undi pakatan harapan dalam PRK ini itu sudah dikira sangat baik untuk memberi mesej bahawa rakyat tidak berpuas hati terhadap pemerintahan Pakatan Harapan setakat ini.
Lokman turut merayu pengundi berdaftar di Sungai Kandis keluar mengundi untuk beri isyarat tidak puas hati kepada Pakatan Harapan.
Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PKR, BN dan Bebas.
Selain Lokman, ia melibatkan calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan calon Bebas, K. Murthy.
Pegawai Pengurus PRK DUN Sungai Kandis, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad membuat pengumuman itu pada pukul 10.25 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Besar Tanjung, Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 19 di Shah Alam hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment