Write For Us

'Saya tak boleh komen, saya tak tahu'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
155 Views
Published
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan enggan menjawab mengenai isu penglibatannya dalam syarikat berasaskan skim cepat kaya, Mon Space yang didakwa ada kaitan dengannya.
Musa menjelaskan isu berkenaan telah menjadi kes di mahkamah dan beliau memilih untuk tidak mengulas lanjut perkara tersebut.
"Kes ini telah dibawa ke mahkamah. Saya tak boleh komen, saya tak tahu," kata Musa ringkas.
Musa berkata demikian menjawab pertanyaan pemberita pada sidang media hari ini.
- Musa Hassan tidak terlibat isu Mon Space, kata pengasas
Pada 23 Mei lalu, pengasas Mon Space, Datuk Seri Jessy Lai menafikan penglibatan Musa dalam operasi syarikat itu.
Namun, Jessy memaklumkan Musa hanya dilantik sebagai Presiden Mon Space Net Inc sahaja.
- Bekas IGP diberi masa 24 jam jawab isu Mon Space
Sebelum itu, pada 22 Mei lalu, Ahli Parlimen DAP-Segambut, Lim Lip Eng memberi masa 24 jam kepada Musa bagi menjelaskan tindakan seterusnya bagi membela nasib sekumpulan pelabur dari China yang melabur di dalam skim pelaburan cepat kaya, Mon Space.
Lim juga mempersoalkan sama ada Musa mempunyai manfaat dalam sindiket skim haram tersebut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment