Write For Us

'Saya tak minat nak jadi ahli politik'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
114 Views
Published
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad menyatakan beliau tidak berminat menjadi ahli politik, sebaliknya mahu mendapatkan sokongan rakyat Malaysia dalam usaha membanteras rasuah dan salah guna kuasa.
Dzulkifli menjawab persoalan yang dilontarkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution bahawa beliau dilihat seperti selebriti kerana kerap muncul bertemu rakyat dalam kempen tolak rasuah.
"Saya seorang penjawat awam, dan saya nak nyatakan di sini saya tak berminat pun dengan politik. Bagitahu lah Saifuddin tak payah takutlah, saya tak berminat nak jadi ahli politik.
"Saya Ketua Pesuruhjaya SPRM dan saya ada tugas dan tanggungjawab yang saya nak laksanakan dan dalam melaksanakan usaha-usaha pencegahan rasuah dan salah guna kuasa, kita perlu sokongan rakyat dan masyarakat. Semua orang kena memainkan peranan masing2. kta nak lahir masyarakat yang berani kata tidak kepada rasuah dan perasuah," katanya dalam sidang media hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment