Write For Us

'Saya tak peduli pengiktirafan, saya takkan kompromi perpaduan rakyat Malaysia'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
5 Views
Published
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak akan berkompromi terhadap pihak yang memainkan sentimen perkauman dan berunsur keagamaan di negara ini.

Menurut Anwar ketika berucap pada Majlis Penutupan Pesta Kaamatan 2024 di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), dia tidak peduli mengenai pengiktirafan antarabangsa dan tidak kisah jika diturunkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Akhbar kerana kerajaan tegas menentang perkauman dan fanatik agama.

Katanya lagi, selagi kerajaan pimpinannya ada, tiada ruang untuk sentimen berkenaan dibiarkan berleluasa dan menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi terhadap perkara seumpama itu.

Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=JYW7399ddkA
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment