Write For Us

'Saya tak pernah umum menang'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
79 Views
Published
Calon timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali menyalahkan media kerana silap melaporkan kemenangan beliau pada pengundian parti yang baru berakhir.
"Itu kerana kesilapan pihak media memberi laporan yang tidak tepat.
"Saya tidak pernah claim victory sehingga pihak JPP mengumumkan secara rasmi.
"Kalau saudara melihat tweet saya, saya sekadar menyatakan Alhamdulillah dan saya syukur saya berterima kasih kepada anggota parti yang berjaya meneruskan agenda reformasi tulen.
"Di mana yang saya claim victory, cuma mungkin ada pihak yang tersilap dalam buat laporan saya maafkan,” kata beliau pada sidang akhbar selepas merasmikan kongres pemuda dan wanita PKR yang ke-13 malam ini.
Pada Ahad lalu, Azmin membuat ciapan Twitter berikut:
"Alhamdulillah dan syukur. Terima kasih kepada semua anggota KEADILAN (PKR) yang bersama membingkai muafakat untuk meneruskan agenda reformasi tulen."
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment