Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengakui tidak selesa dan tidak suka apabila dirinya dibandingkan dengan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lantang membela rakyat.
Rafizi berkata perbandingan itu dilihat sebagai retorik di mana 'label-melabel' ini menjadi amalan dalam politik sejak dahulu lagi.
Beliau berkata demikian dalam program bual bicara 'Terus Terang' episod pertama anjuran INVOKE Malaysia yang dihoskan oleh Syed Ibrahim Syed Noh hari ini.
Program tersebut disiar secara langsung dan dimuat naik di Facebook Rafizi Ramli.
Beliau juga memberikan contoh tokoh demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi yang satu ketika dahulu dijulang kerana memperjuangkan dasar demokrasi, namun kini membisu mengenai nasib etnik Rohingya yang ditindas.
Rafizi juga menyifatkan dirinya berbeza dengan Anwar di mana beliau amat meminati sains fiksyen manakala mentornya itu meminati sastera.
Namun Rafizi berkata persamaan dirinya dengan Anwar apabila tidak boleh duduk diam tatkala menyentuh isu penyelewengan dan penindasan kerajaan terhadap rakyat.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment