Write For Us

'Saya tak terlibat macam tu'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
84 Views
Published
Calon Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia, Halimey Abu Bakar akan memastikan tidak akan ada kempen yang berbentuk sumbangan pada kempen kali ini.
Kenyataan Halimey adalah merujuk kepada kenyataan BERSIH yang mengatakan terdapat kesalahan pelanggaran pilihan raya pada PRK Sungai Kandis yang lalu.
Berdasarkan pemerhatian BERSIH pada PRK Sungai Kandis pada 4 Ogos lalu ada tiga kategori kesalahan yang dilakukan parti politik sepanjang tempoh 14 hari berkempen iaitu pengagihan hadiah atau sumbangan, penggunaan harta dan program kerajaan serta amalan politik perkauman serta melibatkan agama.
Halimey akan ditentang oleh calon dari PAS Dr Halimah Ali.
PRK Seri Setia diadakan susulan kematian penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment