Write For Us

'Saya takkan minta maaf, nak saman-samanlah!'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali tidak akan meminta maaf dan menarik balik kenyataannya terhadap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy.
“Saya tidak akan minta maaf. Kalau dia nak saman, samanlah. Saya tidak akan tarik balik," kata ketika ditemui di pejabatnya.
Hari ini menerusi satu kenyataan media Waytha memberi masa 24 jam kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan Ibrahim kerana kenyataan yang dikeluarkan terhadap Waytha.
Waytha berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang dan saman fitnah jika mereka enggan berbuat demikian.
Hujung minggu lalu, dalam satu himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Perlis, Tajuddin menuduh Waytha sebagai seorang rasis.
Manakala Ibrahim pula menyifatkan Waytha sebagai besar kepala dalam satu ucapan di demonstrasi jihad Perkasa di Kuala Lumpur pada Ahad. Beliau turut menggesa perdana menteri menggugurkan Waytha daripada barisan jemaah menteri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment