Write For Us

'Saya terima keputusan Musa Hitam kekal Timbalan Presiden UMNO'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
137 Views
Published
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau pastinya memecat Tun Musa Hitam dari Umno apabila dia meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri pada 1986 sekiranya beliau seorang perdana menteri yang menuntut kesetiaan mutlak.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada Musa, yang dalam biografinya yang berjudul "Frankly Speaking", berkata Mahathir menuntut kesetiaan mutlak semasa beliau menjadi perdana menteri.
Dalam laman blognya, Mahathir berkata beliau menerima keputusan Majlis Tertinggi Umno untuk membenarkan Musa kekal sebagai timbalan presiden Umno walaupun dia telah meletakkan jawatan sebagai timbalan perdana menteri.
Musa dalam biografinya berkata beliau meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri selepas Mahathir menuduhnya mahu mengambil alih jawatan perdana menteri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment