Write For Us

'Saya terkejut, perubahan drastik segera jika mahu kerajaan lebih sepenggal'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
76 Views
Published
Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pakatan Harapan (PH) perlu melakukan perubahan drastik sekiranya berhasrat untuk kekal lebih daripada sepenggal.
Mengakui terkejut dengan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai Sabtu lepas, Muhyiddin berpendapat perubahan perlu dilakukan kepada banyak bahagian.
“Apa pun yang penting selepas PRK kita dapat keputusan, kita tahu ini perlu diambil perhatian yang berat kalau PH mahu bertahan untuk lebih sepenggal, perubahan drastik perlu dilakukan.
“Banyak bahagian perlu dilakukan, polisi, pelaksanaan, polisi kewangan, polisi fiskal, kepimpinan dan banyak lagi perkara lain perlu dilihat,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Muhyiddin berkata, PH juga sedang menganalisa kekalahan besar di Tanjung Piai dan mencari punca kepada kekalahan tersebut.
“Kita sedang menganalisa sama ada ia berkaitan dengan soal keberkesanan jentera, strategi yang kita susun atau ia memberi gambaran lebih besar berkaitan soal dasar PH, masalah kepimpinan dan lain lain.
“Ini sedang kita teliti. Esok ada mesyuarat di peringkat Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) sebelum 23 November, kalau tak silap mesyuarat Majlis Presiden PH, saya akan bentang laporan,” katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment