Write For Us

'Saya terlepas carut "P" sebab MP Jelutong kata 'bodoh'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
109 Views
Published
Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof, membuat ketetapan untuk menggantung mana-mana anggota yang mengeluarkan kenyataan biadab, lucah, subjudis dan yang bertentangan dengan kemuliaan parlimen.
Perkara itu diputuskan selepas mendapat persetujuan kesemua anggota Dewan Rakyat bagi memastikan keharmonian dalam sesi perbahasan.
"Saya ingin ikut cadangan (anggota parlimen) Tanjung Karang, ada perkara-perkata yang tak boleh disebut, (seperti) stupid, bodoh, (perkataan) lucah.
"Kalau sesiapa sebut, kalau speaker dan timbalan speaker tegur, minta tarik balik...(tapi) tak tarik balik, akan disingkir keluar (Dewan Rakyat) untuk satu tempoh," katanya di Dewan Rakyat selepas tamat sesi pertanyaan lisan.
Sebelum itu, pertikaian berlangsung selama kira-kira 20 minit apabila RSN Rayer (PH-Jelutong) membangkitkan tindakan Noh Omar (BN-Tajung Karang) mengeluarkan kenyataan kurang sopan dan lucah.
Bagaimanapun Noh mempertahankan kenyataannya dengan mendakwa beliau "terlepas cakap" kerana sikap biadab Rayer. Kenyataan Noh itu mendapat sokongan wakil pembangkang yang lain.
Rayer dan Noh kemudiannya menarik balik kenyataan kurang sopan yang dilontarkan mereka.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment