Write For Us

"Saya tetap setia dengan Umno"

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
70 Views
Published
Di sebalik tindakan melawan arus apabila tetap duduk ketika rakan-rakannya keluar Dewan Rakyat semalam, bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menegaskan beliau tetap setia dengan parti itu.
Khairy yang juga anggota parlimen Rembau berkata demikian ketika ditanya apakah beliau akan meninggalkan parti Melayu itu.
Semalam Khairy mengambil keputusan tidak keluar dari Dewan selepas rakan-rakan pembangkang lain memboikot pelantikan Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai speaker Dewan Rakyat .
Turut mengambil sikap sama ialah Anggota Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman.
Setiausaha Agung Umno Tan Sri Anuar Musa pula berkata tiada tindakan akan diambil terhadap anggota parlimen Rembau itu kerana Umno mengamalkan dasar terbuka.
Bagaimanapun Annuar menerusi Twitternya hari ini dilihat menyindir pemimpin muda itu dengan mengatakan adalah lebih baik sekiranya beliau menyertai Pakatan Harapan (HARAPAN).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment