Write For Us

Saya tiada harta untuk diisytihar - Waytha

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
85 Views
Published
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P.Waytha Moorthy menegaskan beliau tidak mempunyai harta untuk diisytiharkan.
Ia berdasarkan Portal Pengisytiharan Harta (), sehingga pukul 5 petang semalam dimana menunjukan 13 anggota parlimen yang belum mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mengulas lanjut, Waytha berkata walaupun beliau adalah seorang peguam, namun perjuangannya sebagai aktivis menolong golongan miskin kaum India tidak membolehkan beliau mengumpul harta.
Bagaimanapun untuk rekod, Waytha sudah mengisytiharkan pendapatan bulanan dan turut terpapar pada portal pengisytiharan harta SPRM tersebut.
Selain Waytha antara yang masih belum mengisytihar harta ialah Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Port Dickson), Ketua Menteri Sabah yang juga Anggota Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faisal Azumu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment