Write For Us

Saya tidak perlu komen lebih daripada keputusan pendakwa raya - Kes Teoh Beng Hock

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
75 Views
Published
Pengklasifikasian siasatan semula polis berhubung kes kematian Teoh Beng Hock adalah keputusan yang dibuat oleh Pejabat Peguam Negara.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, siasatan berkenaan akan dilakukan di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan bagi penahanan secara salah seperti yang diarahkan oleh peguam negara.
“Saya tidak perlu komen lebih daripada keputusan pendakwa raya.
“Kita hanya jalankan siasatan mengikut apa yang ditetapkan oleh pendakwa raya dan lebih elok soalan mengenai pengklasifikadian ini ditanya kepada mereka. Saya tidak boleh komen lebih mengenai perkara itu,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM).
Semalam, Kumpulan yang menuntut keadilan bagi kematian Teoh Beng Hock menggesa penjelasan peguam negara berhubung pengklasifikasian semula siasatan polis berhubung kes berkenaan.
Pengerusi Teoh Beng Hock Trust For Democracy, Ng Geok Chee memaklumkan pengklasifikasian semula itu bercanggah dengan penghakiman Mahkamah Rayuan pada 2014 yang memutuskan bahawa seorang atau lebih individu termasuk pegawai SPRM menyebabkan kematian Teoh.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment