Write For Us

'Saya ulang': Hamzah sindir Anwar depan-depan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
12 Views
Published
Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin berkata dua tahun pertama pelaksanaan RMK12 merekodkan pertumbuhan purata KDNK 5.9% setahun, manakala 90% daripada 175 sasaran mengikut jadual dengan 31% daripadanya mencapai sasaran.

Hamzah berkata ekonomi negara mencatat pertumbuhan paling tinggi dalam tempoh 22 tahun apabila berkembang 8.7% – pencapaian terbaik dalam kalangan negara Asia Tenggara.

Bekas menteri dalam negeri itu juga sempat menyindir Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang berada berhadapannya dengan memainkan ayat yang sering kali dimainkan pembangkang iaitu 'saya ulang'.

RMK12 dibentangkan pertama kali oleh bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di Parlimen pada 27 Sept 2021.

Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=qQKajv2G5Fw
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment