Write For Us

Saya yakin GST tidak silap, SST adalah cukai kuno

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
66 Views
Published
Sekiranya Pakatan Harapan (PH) bersetuju melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menawarkan diri untuk menjadi konsultan percuma kepada kerajaan.
Menurutnya, beliau akan bertemu rakyat bagi menjelaskan kebaikan GST kepada mereka dan semuanya akan dibuat secara percuma.
“Saya adalah individu yang paling gembira kalau GST dikembalikan. Saya cadangkan agar cadangan kembalikan GST perlu diteliti kerajaan.
“Saya yakin bahawa 170 negara yang laksanakan GST tidak silap, 88 peratus negara dalam dunia yang laksana GST tidak silap. GST tidak silap. Yang silap bila laksanakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kerana SST adalah cukai kuno dan tidak telus,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Mengulas cadangan pelaksanaan GST pada kadar tiga peratus, Ahmad secara peribadi berpendapat kadar tersebut agak rendah.
“Kalau tiga peratus terlalu rendah, mungkin boleh turun ke lima peratus. Kalau tidak, kerajaan tidak akan mendapat pendapatan sewajarnya.
“Pendapatan itu boleh digunakan untuk kebajikan rakyat,” katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment