Write For Us

Sebahagian undang-undang sivil berdasarkan moral kristian kata Peguam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
162 Views
Published
Sebahagian daripada undang-undang sivil di negara ini secara tidak langsung berdasarkan prinsip-prinsip moral Kristian dan umat Islam di Malaysia tidak pernah mengadu mengenai ini, kata seorang peguam.
Peguam Aidil Khalid berkata, undang-undang sivil di Malaysia, terutamanya Kanun Keseksaan, adalah undang-undang yang diimport dari India, yang seterusnya telah diambil daripada sistem perundangan British.
"Sebaliknya, sesetengah (undang-undang tersebut) adalah berdasarkan prinsip-prinsip moral di bawah prinsip-prinsip Kristian.
"Umat Islam di negara ini telah tertakluk kepada undang-undang sivil, kita tidak mengeluh," kata Aidil dalam perdebatan di Petaling Jaya malam tadi.
"Apa yang saya maksudkan ialah kita (umat Islam) tidak pernah mengadu bahawa undang-undang adalah berdasarkan kepada agama yang bukan milik kita," jelas beliau lagi apabila berucap di hadapan lebih 100 orang yang mengejek kenyataan awalnya.
Dalam perbahasan mengenai RUU 355 anuran NGO BEBAS,, Aidil dan rakan peguam Lukman Sheriff Alias ​​telah berhujah untuk menyokong pindaan RUU 355, manakala peguam Datuk Ambiga Sreenevasan dan Haris Ibrahim telah berhujah menentang terhadap usul itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment