Write For Us

Sedan mewah VIP

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
74 Views
Published
Sememangnya barisan 7 Siries untuk sedan kenderaan BMW adalah direka untuk membawa golongan pengurusan, orang kenamaan dan keluarga diraja dalam urusan rasmi dan seharian mereka.
Maka tidak hairanlah model mewah ini kian ditambah baik daripada segi rekaan dan ciri keselesaan terbaik bagi mobiliti lebih sempurna yang kini dilengkapi ciri Kenderaan Plug-In Hibrid Elektrik (PHEV).
Vroom Metro Ahad baru-baru ini berkesempatan memandu uji sambil merasai ‘kenikmatan’ yang ditawarkan oleh model BMW 740Le xDrive melalui varian ‘Pure Excellence’.
Untuk pemanduan enjin BMW 740Le X Drive pacuan semua roda ini dikuasakan dengan 3.0 liter menjana kuasa kuda 286 HP serta menggabungkan enjin petrol dan motor elektrik.
Ia memberi tambahan 113 kuasa kuda yang mampu bergerak sejauh 46 kilometer (km) untuk sekali cas penuh dengan kelajuan maksimum adalah tertinggi dalam kelasnya iaitu 140 kilometer/sejam (km/j).
Untuk rekaan luaran, ia kini tampil lebih menyerlah dengan bentuk gril ‘ginjal’ yang semakin membesar dan menegak dengan bidai aktif (active shutters) bersaiz 95 milimeter (mm) berbanding dahulu 82 mm.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment