Write For Us

'Sedihlah...'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
65 Views
Published
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berasa sedih apabila pasukannya terbeban dengan siasatan hal yang remeh-temeh berbanding fokus sebenar untuk membanteras jenayah dalam negara.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Semenyih hari ini.
Abdul Hamid mengulas berhubung perkembangan terkini siasatan kes video seks sejenis yang didakwa mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali dengan bekas ketua pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz.
Pada 13 Julai lalu, Abdul Hamid berkata, dalang di sebalik pembikinan dan penyebaran video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri telah dikenal pasti.
Pada 11 Jun lalu, beberapa klip video seks sejenis yang memaparkan dua lelaki melakukan aksi intim dihantar kepada wartawan dan penyokong PKR.
Keesokan harinya, Haziq Abdullah tampil dan mendakwa bahawa dia adalah salah seorang daripada dua orang lelaki dalam video itu.
Dia juga mendakwa Azmin sebagai teman seranjangnya dalam video itu.
Azmin walau bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut, dan berkata ia adalah komplot jahat yang bertujuan untuk membunuh kerjaya politiknya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment