Write For Us

'Sejak hari pertama, ia politik jijik'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
62 Views
Published
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali tidak risau dengan berita bahawa ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz sedang disiasat kerana pelbagai kesalahan, termasuk hubungan seksual sejenis.
Sebelum ini, Haziq mendakwa dia adalah individu dalam rakaman klip seks video seks yang dikaitkan dengan lelaki mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali di sebuah hotel di Sandakan pada 11 Mei.
Azmin bagaimanapun menafikan dakwaan itu.
Ditanya sekiranya beliau bimbang mengenai siasatan kes terhadap Haziq, Azmin berkata tidak.
“Tidak (risau), pada saya sejak hari pertama, ia politik jijik.
“Dan saya telah buat kenyataan mengenai ini. Saya tak akan biarkan ia berlaku,” katanya.
Menteri itu juga berkata pihak berkua perlu meneruskan siasatan tanpa sebarang campur tangan.
“Tapi bila dah ada laporan, biar pihak berkuasa meneruskan siasatan, tak ada siapa perlu campur tangan dengan proses itu,” katanya epada pemberita pada sambutan Hari Raya Aidilfitri di Bukit Antarabangsa pada Sabtu.
Azmin berkata demikian ketika ditanya jika beliau beliau bimbang terhadap siasatan tersebut.
Azmin menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah jahat dengan niat untuk memusnahkan karier politiknya.
Dia juga mengancam tindakan undang-undang terhadap Haziq.
Semalam Haziq ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang jam 5.30 petang.
Berdasarkan tiket, Haziq dalam perjalanan untuk ke Manila, Filipina.
Siasatan yang dijalankan terhadap bekas setiausaha sulit kanan Timbalan Menteri Perusahaan Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin itu dijalankan mengikut peruntukan seksyen-seksyen berikut:
1. Seksyen 292 Kanun Keseksaan – mengedar bahan lucah.
Hukuman: Maksimum tiga tahun penjara, denda atau kedua-duanya.
2. Seksyen 504 Kanun Keseksaan - Dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.
Hukuman: Maksimum dua tahun penjara, denda atau kedua-duanya.
3. Seksyen 377B Kanun Keseksaan - Melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.
Hukuman: Maksimum penjara 20 tahun, sebat.
4. Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 – penggunaan kemudahan rangkaian secara tidak wajar, atau perkhidmatan rangkaian
Hukuman: Penjara setahun, denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment