Write For Us

Sekarang bukan masa sesuai desak Dr M letak jawatan - Azmin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
89 Views
Published
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berkata beliau pelik dengan sesetengah individu yang mendesak Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan lebih awal.
Jelasnya, apa yang penting sekarang adalah pembangunan negara.
Azmin juga berkata tidak ada keperluan untuk melakukan peralihan kuasa pada Mei nanti kerana Dr Mahathir sudah berkata untuk meletak jawatannya selepas persidangan Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) pada November nanti.
Terdahulu, Anggota Parlimen DAP Charles Santiago dan pengerusi DAP Kelantan, Zaid Ibrahim menggesa Majlis Presiden PH untuk menetapkan tarikh peralihan kuasa, dengan alasan ketidakpastian berterusan mengenai isu ini tidak baik untuk negara.
Sebelum ini, Mahathir, ketika memberi maklum balas terhadap beberapa MP PKR yang mahu peralihan berlaku pada bulan Mei tahun ini, berkata beliau bersedia untuk turun dengan segera jika Majlis Presiden PH meminta beliau berbuat demikian.
Pada temu bual bersama Reuters bulan lepas, Mahathir berkata beliau akan menghormati ikrarnya untuk menyerahkan kepimpinan negara kepada Anwar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment