Write For Us

SEKITAR ACARA PELANCARAN LISA SURIHANI & ALIF SATAR SEBAGAI DUTA HONG LEONG BANK

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
32 Views
Published
Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (“HLB” atau “Bank”) mengumumkan selebriti Lisa Surihani dan Alif Satar sebagai duta HLB yang baharu semasa sesi bertemu mesra dengan pelanggan bank dan ahli media di Sofitel, Kuala Lumpur petang ini.

Duo ini akan menjadi wajah-wajah pelbagai kempen dan inisiatif bank, kepada pelanggan dari semua segmen. Kerjasama menarik ini bertujuan untuk membina hubungan yang lebih mendalam antara Bank dan pelanggan, membantu meningkatkan profil bank dan mengukuhkan komitmen bank untuk menyediakan perkhidmatan kewangan dan produk yang dibina mengikut keperluan dan keutamaan pelanggan.

Lisa Surihani merupakan seorang pelakon terkenal Malaysia yang telah membintangi pelbagai filem dan rancangan TV popular. Beliau juga sering memperjuangkan pelbagai isu sosial dan bersemangat untuk memberi sumbangan kepada masyarakat melalui kerja amalnya.

Alif Satar pula merupakan seorang penyanyi, hos TV dan pelakon Malaysia yang popular yang telah memenangi pelbagai anugerah dan mempunyai pengikut yang besar di media sosial. Beliau juga seorang usahawan dan filantropis yang aktif terlibat dalam pelbagai inisiatif komuniti. Alif yang dikenali sebagai ‘Ironman’ juga konsisten dalam menjaga kesihatan dan latihan untuk memastikan dirinya sentiasa bersedia untuk acara-acara triathlon.

Seiring dengan sambutan Hari Raya yang bakal tiba, HLB juga telah menyediakan video kempen Raya bertajuk “Gaya Raya Kita”. Video tahun ini menampilkan kenangan dan pengalaman beraya melalui pandangan kanak-kanak. Mereka berkongsi kenangan mereka yang berharga dalam menyambut Hari Raya bersama orang tersayang, haiwan kesayangan keluarga, dan juga ternakan yang dipelihara oleh datuk nenek mereka. Mereka juga berkongsi bagaimana mereka menggunakan duit Raya mereka: dengan membeli mainan dan pakaian sambil menyimpan baki dalam akaun simpanan.



Terima kasih buat kalian yang sudi menonton, sudi LIKE, sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE!

???? ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI:
□ Portal: https://www.budiey.com
□ Instagram: https://instagram.com/budiey
□ Twitter: http://twitter.com/budiey
□ Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
□ Youtube: http://youtube.com/budieychannel
□ Podcast:: https://anchor.fm/budieychannel
□ Vlog: https://cutt.ly/HnAOWsZ

❤️ HULURKAN DERMA SUMBANGAN UNTUK SUPPORT BUDIEY:-
□ https://www.patreon.com/budiey

MUSIC FOR YOUTUBE:
□ Music Epidermic: https://cutt.ly/ynFRaYe

EMAIL & CONTACT :
□ Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact:
[email protected]

MERCHANDISE BUDIEY:
□ Baju T: https://cutt.ly/9nAOnlc
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment