Write For Us

Sekitar majlis pengebumian jenazah Mat Shuhaimi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
120 Views
Published
Suasana pilu dan sedih menyelubungi di majlis pengebumian jenazah ADUN Sungai Kandis, Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiei di kawasan perkuburan Seksyen 21 Shah Alam di Selangor.
Majlis pengebumian itu dilakukan selepas solat Asar.
Selain kaum keluarga, antara yang hadir, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu serta Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.
Turut dilihat beberapa pimpinan Pakatan Harapan iaitu Hannah Yeoh, Ng Suee Lim dan Dr Xavier Jayakumar dan Tian Chua.
Mat Shuhaimi, 50, yang juga bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya kira-kira 11.10 pagi tadi akibat kanser limfoma.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment