Kerajaan memerlukan "sekurang-kurangnya" tiga tahun untuk menyelesaikan hutangnya dan membuat pembayaran semula, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini.
"Kami akan memerlukan sekurang-kurangnya tiga tahun untuk menyelesaikan isu-isu fiskal yang disebabkan oleh hutang RM1 trilion dan bayaran (tertunggak) RM35 bilion hasil GST dan cukai pendapatan," katanya kepada pelabur-pelabur semasa persidangan "Malaysia: A New Dawn" di Kuala Lumpur hari ini.
Jumlah RM35 bilion itu adalah gabungan dana pembayaran balik GST sebanyak RM19 bilion yang belum selesai manakala RM16 bilion lagi adalah untuk pembayaran balik cukai pendapatan belum dilaksanakan.
Mengaku bahawa proses pemulihan ini akan "menyakitkan", Lim berikrar akan mengembalikan semua pembayaran balik cukai tertunggak kepada pihak yang sewajarnya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment