Write For Us

'Selagi tak selesai hutang, ah long nanti ketuk kepala'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
139 Views
Published
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad membidas Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah yang dilapor berkata syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), akan ditutup sebaik saja semua hutangnya berjaya diselesaikan.
Kata Mahathir, beliau tidak yakin bagaimana syarikat itu mampu melunaskan hutang itu.
- 'Sebaik saja habis hutang, tidak perlu lagi wujud 1MDB'
Memetik Berita Harian, Mohd Irwan berkata beliau yakin syarikat itu mampu membayar segala hutang melalui pelan rasionalisasi sedang dilaksanakan.
Irwan yang juga Ketua Setiausaha Perbendaharaan, berkata hutang terbabit akan dibayar daripada hasil pendapatan projek mega kerajaan seperti pembinaan bandar Tun Razak Exchange (TRX), menara The Exchange 106 yang tertinggi di Malaysia, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) serta Transit Aliran Massa Kedua (MRT 2).
Irwan berkata wang hasil pembangunan jangka panjang itu akan digunakan untuk membayar hutang 1MDB.
Irwan juga dipetik berkata, 1MDB adalah sama seperti syarikat lain yang ditubuhkan kerajaan untuk menjalankan perniagaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment