Write For Us

Selagi Umno diberi 'nyawa' lagi, berbilion dana negara habis - PAS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
118 Views
Published
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata makin banyak kerosakan yang berlaku selagi Umno diberi 'nyawa' lagi memerintah negara, menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Sebagai contoh, kata Tuan Ibrahim, kerajaan membayar faedah pinjaman 1MDB sebanyak RM1.9 bilion setahun, seperti yang dimaklumkan CEO syarikat itu, Arul Kanda dalam satu pertemuan tahun lalu.
Beliau berkata demikian dalam ceramah Ambang PRU14 di Bukit Changgang, Sepang pada Khamis.
Tuan Ibrahim juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan Indonesia yang bertindak menyita kapal mewah Equanimity, yang didakwa milik ahli perniagaan kontroversi Jho Low, di Bali baru-baru ini.
Beliau juga mempersoalkan tindakan kerajaan tidak bertindak untuk menuntut sejumlah RM430 juta dana yang dirampas berkaitan 1MDB di Switzerland.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment