Write For Us

Selain HARAPAN S'gor, rundingan kerusi P Pinang juga gagal

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
121 Views
Published
Pakatan Harapan Pulau Pinang belum menyelesaikan agihan enam kerusi negeri untuk pilihan raya umum akan datang. Berikutan kebuntuan itu, tiga parti komponennya , BERSATU, PKR dan AMANAH menyerahkan perkara itu kepada jawatankuasa pusat mereka.
Menurut laporan Malaysiakini, enam kerusi yang belum selesai itu kebanyakannya kerusi majoriti Melayu yang diintai oleh ketiga parti terbabit.
Agihan enam kerusi yang gagal diselesaikan itu ialah Bertam, Sungai Dua, Telok Ayer Tawar, Sungai Acheh, Pulau Betong dan Telok Bahang.
DAP tidak terlibat kerana status quo parti itu kekal. Pada tahun 2008 dan 2013, parti itu bertanding 19 kerusi dan menang semuanya.
Akibat kebuntuan dalam rundingan mereka, parti-parti komponen tersebut kini menyerahkannya kepada majlis presiden mereka untuk memutuskan perkara itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment