Write For Us

Selain KFC, kerajaan turut siasat McDonald's

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
76 Views
Published
Selain restoran makanan segera KFC, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan turut melakukan pemeriksaan terhadap restoran McDonalds selepas rungutan pengguna tular di media sosial.
Memetikl laporan Astro Awani, Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, pemeriksaan oleh pegawai kementerian dilakukan bermula hari ini terhadap restoran KFC.
Iskandar juga turut berkata pihaknya turut menyiasat kenaikan harga makanan di restoran McDonalds sekitar Kuala Lumpur, berdasarkan tinjauan media terbabit.
Pada Rabu, KFC memaklumkan pihaknya telah melakukan sedikit penyelarasan pada harga jualannya dengan memasukkan SST sebanyak 6 peratus, berkuatkuasa mulai Disember 2018.
Tular di laman media sosial berhubung rungutan pengguna berikutan kenaikan mendadak harga hidangan berasaskan ayam di restoran KFC.
Perkara itu turut mendapat perhatian bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan kenaikan tersebut adalah disebabkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang tidak setelus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment