Write For Us

Selangor cadang tingkat prasarana sukan RM14 juta susulan kejayaan Ziyad di Olimpik Rio

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
123 Views
Published
Negara melonjak gembira dengan pencapaian cemerlang anak Selangor dari Gombak, Muhammad Ziyad Zolkefli, yang telah merangkul pingat emas dalam acara lontar peluru di Sukan Paralimpik Rio, Brazil 2016, di samping berjaya memecah rekod dunia dalam acara tersebut.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata sebagai mengiktiraf kejayaan Ziyad, Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor menyambutnya dengan insentif tunai sebanyak RM150,000 dan sebuah rumah bernilai RM400,000.
Kata Azmin, kejayaan yang dicatatkan ini membuktikan bahawa atlet Selangor berpotensi untuk bersaing dan berjaya di arena antarabangsa.
Susulan itu, kerajaan negeri mencadangkan sejumlah RM14 juta bagi 2017 khusus untuk menaiktaraf infrastruktur sukan sedia ada serta program pembangunan sukan di bawah Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment