Write For Us

Selangor juara SUKMA, insentif RM1.1 juta kepada atlet - Azmin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
116 Views
Published
Kerajaan Negeri Selangor hari ini bersetuju untuk memberikan insentif lebih setengah juta ringgit atas kejayaan sebagai johan keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 semalam di Kuching, Sarawak.
Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata inisiatif tersebut hanya akan diberikan kepada atlet, jurulatih dan pengurusan pasukan yang memperoleh pingat emas pada setiap kejohanan yang disertai mereka.
"Kejayaan Selangor wajar dapat pengiktirafan daripada kerajaan negeri, sukacita maklumkan, kerajaan negeri Selangor setuju tingkatkan pembayaran insentif untuk atlet Sukma dari RM950,000 kepada RM1.1 juta," katanya dalam sidang DUN Selangor di Shah Alam, hari ini.
Mengulas lanjut, Azmin berkata setiap atlet perseorangan yang memenangi pingat emas menerima insentif berjumlah RM5,000 manakala berkumpulan menerima sebanyak RM2,000 hingga RM3,000 setiap seorang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment