Write For Us

Selangor kekal penyumbang terbesar KDNK Malaysia

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
143 Views
Published
Sumbangan Selangor terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara meningkat RM11.6 bilion kepada RM251.6 bilion, pada tahun 2016.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata hal itu menjadikan negeri kekal sebagai penyumbang terbesar KDNK negara dengan 22.7 peratus berbanding jumlah keseluruhan.
“Ini menyaksikan peningkatan RM11.6 bilion dari tahun 2015. Jika Kerajaan Persekutuan memegang semangat federalisme dan memulangkan sejumlah dana yang lebih adil kepada Selangor, saya yakin belanjawan negeri akan menterjemahkan lebih banyak pembangunan untuk rakyat negeri ini,” katanya pada sesi penggulungan Belanjawan Selangor 2018 di DUN Selangor semalam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment