Write For Us

Selangor pertimbang kereta elektrik untuk exco

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
131 Views
Published
Kerajaan Selangor sedia mempertimbangkan penggunaan kenderaan elektrik bagi kenderaan rasmi anggota exco dan pegawai-pegawai di jabatan kerajaan negeri.
Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata keputusan itu diambil bagi mengurangkan pelepasan karbon dan memelihara alam sekitar.
Bagaimanapun, Elizabeth berkata cadangan itu hanya akan dilaksanakan apabila kenderaan rasmi sedia ada dilupuskan.
“Ketika ini kita belum sampai tahap hendak memperbaharui kereta-kereta rasmi tersebut.
“Kita perlu tunggu masa sehingga kereta sedia ada perlu dilupuskan,” katanya ketika sesi soalan lisan pada hari ke-4 Persidangan Dewan Negeri (DUN) Selangor, di Shah Alam hari ini.
Elizabeth berkata demikian menjawab pertanyaan ADUN Kota Anggerik,Yaacob Sapari yang bertanyakan usaha kerajaan negeri untuk menjadikan Selangor bebas daripada pencemaran karbon.
Sebelum itu, ketika menyentuh usaha memelihara alam sekitar, Elizabeth Wong berkata, kerajaan negeri telah mengadakan pelbagai program yang turut melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan orang ramai.
Dalam Belanjawan Selangor 2018, kerajaan negeri bersetuju meneruskan Pelan Tindakan Teknologi Hijau Negeri Selangor 2016-2018 dengan peruntukan RM2 juta.
Setakat ini, terdapat 109 unit pengecas kenderaan elektrik di 88 lokasi di seluruh Selangor.
Sementara 33 program berteraskan teknologi hijau dengan peruntukan sebanyak RM 1.37 juta telah dilaksanakan melibatkan pemasangan bumbung solar di bangunan, pemasangan Sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH) dan penyediaan laluan basikal bagi menjayakan inisiatif rendah karbon.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment