Write For Us

Selepas bayar denda, DS Vida takut nak keluar TV lagi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
113 Views
Published
Datuk Seri Vida didenda RM4,800 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas mengaku bersalah menyiarkan iklan tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Majistret Mohd Azali Ibrahim turut memerintahkan Hasmiza, 46,menjalani tambahan hukuman penjara lima bulan, sekiranya gagal membayar denda.
Bagaimanapun, Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd itu yang ditemui di luar mahkamah, melunaskan denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan, Hasmiza didakwa menyiarkan iklan dalam rancangan Jom Singgah di syarikat penyiaran televisyen, berhubung produk Pamoga untuk mempengaruhi pengguna sebagai ubat atau penyembuh bagi merawat kulit melecur, meredakan sakit sendi dan melegakan sakit lutut seperti yang dinyatakan dalam jadual Akta Ubat (Iklan dan Penjualan 1956) tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, di sini, antara 1 hingga 1.30 tengah hari, 18 Julai 2016.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 4B Akta Ubat (Iklan dan Penjualan 1956), yang boleh dihukum mengikut Seksyen 5(1)(b) akta, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment