Write For Us

Selepas kalah di Iraq dan Syria, ISIS luas pengaruh di Asia Tenggara

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
107 Views
Published
Kumpulan militan ISIS sedang meluaskan pengaruhnya di Asia Tenggara setelah mengalami kekalahan di Iraq dan Syria.
Demikian menurut Ahmad El-Muhammady, penasihat kepada Polis Diraja Malaysia tentang tahanan pengganas, memetik laporan dari Channel News Asia.
Pada Mei lalu, maklumat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat menunjukkan ISIS kehilangan 45 peratus wilayah yang dikuasainya di Iraq dan 10 peratus kawasan yang dikuasainya di Syria.
Ahmad, yang juga pensyarah UIA berkata, kawasan yang dikuasai ISIS kian menguncup, dan ini memberikan impak psikologi terhadap mereka.
Jelasnya, mereka perlu ke konflik tahap kedua, iaitu negara-negara jiran mereka, atau konflik tahap ketiga, iaitu Asia Tenggara.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment