Write For Us

Selepas Morais, Diaz pula tinggalkan JDT?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Lagi khabar mengejutkan arena bola sepak Malaysia apala penyerang sensasi Harimau Selatan, Jorge Pereyra Diaz dilaporkan mahu meninggalkan kelab Johor Darul Ta'zim (JDT).
Dalam satu posting di laman rasmi JOHOR Southern Tigers, Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards memberitahu bahawa Diaz telah meningalkan hotel penginapan pasukan JDT pada jam 12 tengah malam kelmarin di Singapura.
Kejadian itu berlaku sebelum pasukan JDT berlepas ke Vietnam untuk perlawanan AFC menentang Song Lam Nghe An FC.
Tambah Alistair lagi ejen Diaz telah menghubungi pihak JDT dan memberitahu niat Diaz untuk meninggalkan kelab dan kelab telah membuat keputusan untuk membiarkan Diaz pergi.
Alistair berkata JDT akan mencari pemain bagi menggantikan Diaz sebaik jendela perpindahan dibuka pada bulan Jun akan datang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment