Write For Us

Selepas pecah botol arak, Jamal dicekup polis

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
134 Views
Published
Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos ditangkap awal pagi tadi berkaitan aksinya memecahkan botol arak di hadapan bangunan SUK di Shah Alam semalam.
Dalam satu mesej teks ringkas malam tadi, beliau dikepung dan ditangkap oleh polis di Sekinchan setelah selesai mesyuarat Umno bahagian.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat mengesahkan dalam satu kenyataan hari ini bahawa Jamal dan tujuh lagi lelaki ditahan di sekitar Sekinchan kira-kira 1.45 pagi.
Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan iaitu menyertai satu perhimpunan haram dan dibaca bersama Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kemudaratan awam.
Menurutnya, polis akan memohon perintah reman ke atas kesemua mereka yang ditahan di Mahkamah Shah Alam pagi ini.
Semalam, Jamal membawa beberapa peti minuman keras dan memecahkannya dengan tukul besi di hadapan bangunan itu, sebagai membantah sebarang penganjuran pesta arak di Selangor.
Jika didapati bersalah, Jamal berdepan dengan hukuman penjara enam bulan, atau denda, atau kedua-duanya.
Dia juga dalam siasatan bulan lalu untuk aksi lain di mana dia bertindak memecahkan meja dengan tukul besi, sebagai protes "simbolik" terhadap kerajaan negeri yang didakwa gagal bertindak terhadap pusat judi haram.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment