Write For Us

Selepas putus dengan PKR, PAS digesa letak jawatan di Selangor

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
89 Views
Published
PAS perlu membuat keputusan muktamad tentang tahalluf siyasi dan kedudukan dalam kerajaan negeri Selangor.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau yang memantau perjalanan Muktamar PAS terkini memandangkan ia berkait dengan strategi PKR dan Pakatan Harapan dalam PRU14.
Beliau juga kesa dengan serangan dan kritikan kasar terhadap Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang dibuat oleh perwakilan Dewan Ulama PAS semasa perbahasan semalam.
Pas juga, katanya, telah menzahirkan secara jelas tanpa berselindung untuk memimpin beberapa negeri termasuk Selangor yang kini diterajui PKR.
Jelasnya, selepas keputusan memutuskan hubungan itu dimuktamadkan kelak, perkara bermaruah dan terhormat yang perlu dibuat ialah semua ahli PAS yang mempunyai jawatan di dalam Kerajaan Selangor meletakkan jawatan.
Menurutnya, PKR akan terus menggarap kekuatan semua pihak yang mahu menamatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment