Write For Us

Selepas Sofi Jikan, dua lagi artis 'diburu'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
148 Views
Published
Polis sedang menunggu kehadiran dua rakan artis Datuk Farid Kamil Zahari untuk membolehkan prosedur biasa termasuk ujian air kencing dijalankan.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, kedua-dua mereka yang berusia 40-an itu masing-masing adalah ahli kumpulan nasyid dan anggota sebuah kumpulan R&B yang pernah popular sekitar 1990-an.
Difahamkan dua artis berkenaan sudah dimaklumkan akan diambil keterangan sejak beberapa hari lalu.
Menurut Mohd Zani, prosedur yang dilakukan adalah sama seperti yang dijalankan terhadap pelakon Sofi Jikan iaitu melakukan pemeriksaan air kencing.
Sofi Jikan ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung laporan polis dibuat Farid pada 31 Jan lalu.
Polis terus menjalankan ujian air kencing ke atas Sofi atau nama penuhnya Mohamad Shoffi Jikan, 47, sebaik percakapannya dirakam.
Hasil ujian mendapati pelakon filem Lelaki Harapan Dunia itu positif mengambil dadah jenis ganja.
Farid sebelum itu mengadu tiga rakan artis memasukkan dadah ke dalam minuman tanpa pengetahuannya hingga menyebabkannya bertindak ganas.
Dalam kejadian 11 Jan lalu, dia didakwa bertindak menampar seorang anggota polis yang merekod keterangannya di Balai Polis Kota Damansara.
Pada hari sama, Farid juga didakwa menendang kaki orang awam yang berada di balai berkenaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment