Write For Us

Selepas viral, pensyarah UUM tampil: 'Sebenarnya Dr M yang pengecut'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
131 Views
Published
Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff tampil mempertahankan yang beliau tidak terkucil dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada satu program wacana diadakan di Shah Alam.
Malah Kamarul berkata beliau sedia berdepan dan berkongsi pentas sekali lagi dengan Tun Dr Mahathir Mohamad secara profesional.
"Saya tidak ada masalah jika Tun Mahathir sanggup hendak mendengar seperti yang ditulis dalam facebooknya.
"Masalahnya katalah awal-awal masa kita bercakapa perkara itu, ini nak datang serang hendap majlis tanpa diberitahu. Ini seperti tidak professional dan sebenarnya dialah (Mahathir) yang pengecutnya," kata Kamarul
Kamarul dalam program Sembang Watan Online yang disiarkan secara langsung di Facebook, pada semalam mengaku agak terkilan dengan kejadian terbabit yang seolah-olah dirancang untuk memalukan beliau.
Program wacana anjuran Sinar Harian Khamis yang bertajuk “Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Menjadi PM?” dikejutkan dengan kehadiran bekas Perdana Menteri itu sewaktu program berlangsung.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment