Write For Us

Semakin ramai pemilik tanah Kampung Baru faham konsep pembangunan

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
66 Views
Published
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad, berkata siri perjumpaan secara berkumpulan dengan pemilik tanah Kampung Baru, berjaya mengubah salah faham mereka terhadap usaha kerajaan untuk membangunkan kawasan itu.
Khalid berkata, perjumpaan pihak Perbadanan Pembangunan Kampung Baru dengan kumpulan kecil penduduk itu masih berlangsung bagi membincangkan isu yang berbangkit berhubung pembelian tanah kawasan berkenaan.
Beliau berkata demikian mengulas perkembangan isu pembangunan Kampung Baru pada sidang media selepas merasmikan Kenduri Rakyat Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020 pada Ahad, 16 Februari.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan harga tawaran baharu pembelian tanah Kampung Baru bernilai RM1,000 setiap satu kaki persegi berbanding RM850 sebelum ini.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment