Write For Us

'Semoga Allah memberkati anda semua, kawan-kawanku!'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
87 Views
Published
Saya sedang menulis dan saya tidak dapat menahan air mata dari mengalir. Dan saya rasa tidak perlu untuk menahannya, kerana ia adalah tangisan kegembiraan dan kesyukuran!
Saya masih tidak percaya yang saya menerima begitu banyak mesej yang baik daripada anda semua. Daripada seluruh pelusuk dunia!
Dan sudah tentu saya mahu beritahu kepada semua rakyat Malaysia: anda semua berjiwa besar, kerana menerima dan menyokong saya - seorang wanita dari negara asing dan membesar dengan budaya berbeza.
Saya sangat bangga darah Malaysia mengalir dalam anak saya dan saya akan lakukan apa sahaja untuk dia membesar selayaknya dengan kasih anda semua.
Dalam hidup saya, saya terpaksa menghadapi pelbagai jenis kejahatan, tipu daya dan hasad dengki.
Tetapi anda meyakinkan saya bahawa masih ada kebaikan di dunia ini. Kalaulah saya berpeluang, saya mahu memeluk anda semua dengan kegembiraan.
Sokongan dan dorongan anda semua amat berharga bagi saya. Mesej masuk tidak henti-henti, saya akan terus berkongsi kisah hidup saya dengan ikhlas dan jujur.
Semoga Allah memberkati anda semua, kawan-kawanku!
PS: Hari ini genap dua bulan umur Leon. Terus membesar dan bahagia si cilik duniaku.❤️
RIHANA OKSANA GORBATENKO ialah bekas ratu cantik Mosco yang mendirikan rumah tangga dengan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. Peguam sultan Koh Tien Hua dilaporkan berkata perkahwinan itu telah berakhir dengan perceraian talak tiga.
Tulisan ini dimuatkan kali pertama di Instagram Rihana awal pagi ini dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment