Write For Us

SEMOGA CEPAT SEMBUH, SUARA ALI HILANG, KUGIRAN MASDO HARAPKAN KEAJAIBAN DI MALAM AJL38

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
13 Views
Published
Kugiran Masdo mengharapkan kembali pulih sepenuhnya selepas ada antara ahli kumpulan mereka mengalami masalah kesihatan seperti diserang demam menjelang Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38), Ahad ini.

Pemain gitar bass, Putut Ceri atau nama sebenarnya Ahmad Azanol Khushairie berharap mereka dapat sembuh kembali demi memberikan persembahan terbaik buat peminat.

"Sebelum kami bergerak ke United Kingdom kami dah buat persediaan sebaiknya tetapi keadaan sekarang kami tidak sihat, mungkin sebab faktor cuaca.

"Ali juga diserang demam, suara juga hilang, saya juga selesema.

"Insya-Allah harap kami semua cepat sembuh, tinggal beberapa hari sahaja lagi, kesihatan itu yang penting, harap dapat pulih kembali.

"Malam nanti punyai tekanan lagi berbeza dan luar biasa, jadi kami perlu sihat supaya kami dapat persembahkan apa yang dirancang," katanya.

Masdo ditemui pada sesi raptai di Axiata Arena, pada Jumaat.

Dalam pada itu, vokalis, Ali Sariah yang diserang demam hampir seminggu itu mengakui sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan sekiranya kesihatannya masih belum pulih.

Doktor juga nasihatkan saya supaya makan ubat. Kebiasaanya saya sakit tekak dalam dua atau tiga hari saja tapi kali ini agak lama.

"Bila sakit di bahagian tekak ini, untuk pulih sepenuhnya itu ambil masa. Tapi saya dapat tahu ada kaedah lain untuk sembuh tapi saya belum cuba.

"Perkara itu juga difikirkan sekiranya tidak pulih, itu pilihan terakhir saya. Tapi apa yang saya bersyukur sangat adalah saya masih lagi mampu bersuara," ujar Ali.

Ditanya mungkin ada perancangan lain sekiranya masalah kesihatan tersebut masih membelenggu, Putut Ceri mengakui tidak mempunyai jalan lain sebaliknya mengharapkan yang terbaik.

"Tetap dengan perancangan asal tapi kita kena jaga diri sebaiknya seperti tidur awal sebab kami juga masih perlu mengambil ubat.

"Kami mengharapkan keajaiban untuk kami sembuh sepenuhnya. Kita mencuba sehabis baik untuk beri yang terbaik pada malam nanti.

"Doakan kesihatan kami terutamanya Ali untuk pulih sebab dia adalah vokalis," harapnya.

Alami dunia Muzikaverse di AJL 38, bersiaran langsung dari Axiata Arena, Ahad, 3 Mac, 9.00 malam, di TV3 & strim juga melalui Tonton.

Terima kasih buat kalian yang sudi menonton, sudi LIKE, sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE!

???? ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI:
□ Portal: https://www.budiey.com
□ Instagram: https://instagram.com/budiey
□ Twitter: http://twitter.com/budiey
□ Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
□ Youtube: http://youtube.com/budieychannel
□ Podcast:: https://anchor.fm/budieychannel
□ Vlog: https://cutt.ly/HnAOWsZ

❤️ HULURKAN DERMA SUMBANGAN UNTUK SUPPORT BUDIEY:-
□ https://www.patreon.com/budiey

MUSIC FOR YOUTUBE:
□ Music Epidermic: https://cutt.ly/ynFRaYe

EMAIL & CONTACT :
□ Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact:
[email protected]

MERCHANDISE BUDIEY:
□ Baju T: https://cutt.ly/9nAOnlc
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment