Menjelang tahun Baru Cina ini, PKR akan menjual sampul angpau yang tertera perkataan "dua puluh enam ratus juta" (2.6 bilion) dalam tulisan Cina berwana emas.
Di belakang, sampul itu pulat tertera perkataan: "Huat (makmur) lebih daripada Ah Ji".
Walaupun ia hanya sampul kosong, PKR berharap orang ramai boleh menggunakannya sebagai ucapan mendoakan kemakmuran dan kesihatan yang baik pada Tahun Baru Cina.
Menurut Timbalan Pengarah Strategik Pemuda PKR, Chua Wei Kiat, reka bentuk sampul itu sangat bermakna kerana ini adalah tahun pilihan raya.
"Kami berharap semua orang mendapat mesej dan membantu membawa perubahan," katanya pada sidang akhbar hari ini.
Sampul ini bagaimanapun, bukannya diedarkan secara percuma. Satu set yang mengandungi 25 sampul dijual pada harga RM20 dan hanya dipasarkan melalui dalam talian, untuk sekarang.
Chua menjelaskan bahawa usaha itu adalah sebahagian daripada projek parti itu mengumpulkan dana.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment